Siapa yang puaka? Sebab mengata orang tu dosa, malam ni aku nak mengata diri sendiri. Cara ni cara yang paling puas untuk aku merintih, mahu mencebik diri sendiri. Kenapa nak mengata diri sendiri? Sebab aku perlu peringatan. Sebab aku cepat lupa.
Sebab aku sentiasa lupa.
Pendirian tak pernah tetap. Sekejap itu sekejap ini.
Nak hairan apa? Kurang tiga bulan lagi, dah 22 tahun repeat benda yang sama. Kau buat, kau menyesal. Aku buat, aku menyesal. Benda tak pernah sudah.
Hidup aku tak pernah ada masalah serius pun setakat ni. Ni bukan nak riak, ni nak cerita. Tuhan duga hamba yang dia sayang. Dan aku tahu dia sedang duga aku. Aku tahu Tuhan tak pernah putus asa dengan hambaNya. Dan aku boleh rasa, dugaan Dia pada aku cukup besar. Dia duga aku dengan Kesenangan.
Kenapa? Sebab aku pelupa.
Aku ada dekat tempat aku sekarang tanpa aku perlu melalui jerih dan perih yang orang lain lalui.
Jalan aku selama ni memang cukup terang. Tapi tidaklah sehingga diterangi lampu lip-lap warna-warni bagai pohon krismas. Cukup sekadar kalimantang.
Tapi cukup terang. Tapi aku masih lupa. Sentiasa lupa.
Puaka dalam diri sentiasa nak menang. Dan percayalah, paling lama sebulan lepas ni aku bakal lupa tentang entri ini sekali gus.
No comments:
Post a Comment