Yang cantik itu akan menjadi yang paling disukai bukan?
Yang paling indah itu dinamakan yang terbaik bukan?
Tapi..
Bagaimana dengan yang biasa?
Yang kurang merasakan sempurnanya dia.
Bagaimana dengan yang melihat dunia dengan biasa pandangannya?
Sekeping hati yang dikira tidak layak untuk bercinta hanya kerana mata yang memandang tidak tertarik.
Apakah mata yang memandang tidak pernah silap?
Menjadi yang terbaik supaya layak dicintai, samakah dengan menjadi orang lain demi secebis perhatian?
Soalan demi soalan yang tak pernah kujumpa jawapannya. Sesatkah aku?
2 comments:
I like it :)
terima kasih :* hihihi
Post a Comment