Sekejap

Bahagia yang engkau sediakan buatku,
Kasih yang kau tawarkan untukku,
Sekejap, hanya sekejap.

Cerita tentang hati,
cerita tentang kasih aku minta kau dengar,
Sekejap, biarpun hanya sekejap.

Bahagia yang aku rasa,
dan sakit pada waktu yang sama,
aku minta kau faham untuk
sekejap, biar walau sekejap.

Risau jiwa tidak terluah,
kerana waktu menghimpit,lemas.
Bimbang hayat hanya sekejap,
cuma sekejap.

No comments: