Yang engkau hulurkan itu cuma
yang sementara,
Manisnya gelak tawa,
Sakitnya rindu, cinta,
Hampir kesemuanya.
Tingkah lakumu,
sentiasa hanya yang perlu,
tiada lebih dari itu
sekadar tanda kau disitu.
Maka aku,
tersipu-sipu,
tertunduk malu,
tertampar pilu,
kerana bermimpi kau lebih dari itu.
No comments:
Post a Comment