Wahai dunia,
Aku ada seorang kawan,
hatinya penuh cinta.
Kerana cinta, mindanya jadi luar biasa,
tuturnya, tingkahnya
semuanya demi cinta.
Namun, bahasanya tiada yang mengerti,
dia dikatakan gila,
kerana kata-katanya tiada erti.
Dikalangan orang-orang itu,
yang mengerti akan dia cuma aku,
dan itu kerana, aku juga gila.
Gilakan dia.
No comments:
Post a Comment